MATI itu PASTI,
IKHTIAR itu MESTI,
SIHAT itu REZEKI ALLAH yang BERI


Isnin, 23 November 2015

Apa itu GARAM BULUH?

Entri: #6
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Projek STG
Sumber: Projek STG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Safar 12, 1437H
(23 November 2015) 


Salam Kasih Sayang.

Tentu kalian tertanya-tanya setelah membaca entri cik azue sebelum inikan. Hari ini cik azue bantu kalian untuk lebih memahaminya seperti mana yang cik azue fahami.

Apakah itu GARAM BULUH?



Ya betul.
Garam dan Buluh. Garam yang dimasukkan ke dalam buluh menjadilah garam buluh.

Itu sahajakah?

Ya. Garam yang dimasukkan ke dalam buluh ini adalah garam yang diambil dari pantai barat semenanjung Korea. Dikeringkan lalu diisikan ke dalam buluh yang berusia lebih dari 3 tahun. Kemudian buluh ini dilitupi dengan tanah liat lembah pendalaman Korea yang masih belum tercemar. 

Setelah itu ia dibakar pada suhu 900 - 1500 darjah Celcius menggunakan kayu pokok pain secara berulang kali melalui proses yang dikenali sebagai "6-Burned Bamboo Salt" bagi menyingkirkan toksik dan logam berat dari air laut serta pada masa yang sama garam tersebut akan menerima mineral yang terdapat dari pokok buluh tersebut.


Hasil daripada proses ini, garam buluh ini didapati mempunyai 70 ke 80 unsur garam mineral yang diperlukan tubuh badan dan ianya bersifat alkali pada nilai PH paras 10 dan ke atas.


Maklumat garam mineral yang terdapat di dalam garam ini telah disahkan oleh 'Midwest Lab' yang berpusat di 'Nebraska U.S'.


Mineral yang terdapat di dalam garam buluh ini juga dengan Izin Ilahi telah didapati dapat meningkatkan dan melindungi sistem rangka, sistem otot, sistem organ dalaman badan , sistem peredaran darah serta sistem saraf.

Bagaimana Garam Buluh ini bertindak dalam membantu melawan penyakit?


Seperti yang kita ketahui tadi, garam buluh ini bersifat alkali dan jika di ambil secara harian, sifat alkali ini dengan Izin Ilahi akan membantu meneutralkan kandungan asid di dalam badan yang mana kandungan asid berlebihanlah yang menyebabkan berlakunya masalah kesihatan.


Apabila kandungan asid serta toksin telah dapat distabilkan, badan akan mula menyerap nutrien dan vitamin lalu akan mula melalui proses pemulihan dan akhirnya akan menjadikan badan menjadi lebih sihat dan bertenaga.


Secara amnya, GARAM BULUH ini adalah bertindak sebagai suatu ikhtiar yang dapat membantu kita meningkatkan kadar alkali tubuh badan bagi menyeimbangkan pH badan serta bagi mengeluarkan toksid yang terkumpul dalam badan.


Jika kalian ingin tahu, STG ada mengeluarkan produk berasaskan garam buluh iaitu Garam Buluh Minuman, Garam Buluh Masakan dan Kopi Mineral Garam Buluh.





Nanti cik azue sentuh di lain entri ya.

In shaa Allah, ketiga-tiga produk ini cik azue guna pakai dalam amalan kesihatan cik azue sendiri dan keluarga.

* Nota Tambahan:
Garam Buluh ini juga terdapat dalam rangkaian mandian 'Marine Essence'. 
edited : 25 Jun 2016

Jika ada kalian yang ingin tahu maklumat lanjut atau ingin dapatkan produk superbrand ini, boleh whatsapp cik azue di nombor 013-2700020.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam






Tiada ulasan:

Catat Ulasan