MATI itu PASTI,
IKHTIAR itu MESTI,
SIHAT itu REZEKI ALLAH yang BERI


Isnin, 23 November 2015

Terapi Garam Buluh Minuman (GBPD) - Update hari ke 2

Entri: #5
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Safar 11, 1437H
(23 November 2015) 


Salam Kasih Sayang
Hari ini hari kedua cik azue dengan terapi garam buluh minuman ini.

Alhamdulillah, sejak ambil semalam dari jam 7 malam, cik azue asyik nak terkucil sahaja. Kejap-Kejap ke bilik air. Tak tahu dari mana datangnya air tersebut. Minum air tidak lah sangat, namun masih lagi membuang air kecil selawasnya.

Alhamdulillah, berjaga terus semalam dan sehingga jam satu pagi masih lagi tidak terasa mengantuk.
Sudahnya hari ini kita ambil di sebelah siang hari pula. Moga-moga Allah Izin lebih cergas untuk menyempurnakan tugasan.

Semalam, ketika memulakan minuman (separuh peket), cik azue ada mengalami simptom pening, mual dan muntah (sebenarnya dah lama juga simptom seperti mengandung ini menghimpit diri, asik mual dan muntah-muntah. Doktor kata kesan dari tekanan di rongga rahim tersebut).
Hari ini bangun, Alhamdulillah, perkara pertama Allah Izin adalah dapat menghilangkan rasa pening, mual dan muntah itu.

Turun dari katil, selalunya apabila memijak lantai, terasa seperti ada duri-duri mencucuk di sebelah kanan tapak kaki. Tapi bangun sahaja pagi ini, rasa itu dah beransur kurang. Alhamdulillah, rasa sakit itu pun dah Allah Izin ringan. Tidak lah sakit sangat seperti beberapa hari yang lalu dan semoga terus sembuh selepas ini.

Berkaitan rasa sakit perut yang umpama ada seorang bayi sedang mengeras di dalam itu pula sudah menjadi semakin ringan. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Walau belum sembuh, sekurangnya, sakit itu berkurangan.

Dan satu yang tak boleh percaya adalah BERAT BADAN hanya dalam tempoh 12 JAM sahaja sudah nampak sedikit perubahan. Alhamdulillah sudah 1.3kg beransur pergi dari penimbang itu. SUNGGUH tak PERCAYA.

Sengih sampai telinga.

Dan kalau semalam cik azue minum dengan air 'Sunquick', tapi hari ini, cik azue terus minum begitu sahaja dengan air suam.
RASA?
Korang nak tahu? 
Rasa nya MASIN! itu sahaja MASIN.
Namun, jangan hairan, di sebabkan dahulu cik azue umpama mak buyong melugai senantiasa, masin umpama asam masin/asam boi masin ni boleh je daku telan sebegitu saja. Alhamdulillah.

Sengih!
Apa pun tak kisah. 
Pahit kah, masin kah, semua boleh, janji ini IKHTIAR untuk kesihatan.
IKHTIAR untuk sihat itu adalah JIHAD. Betul kan? 

Jadi, cik azue berjihad demi kesihatan agar sihat dan mudah untuk beramal ibadat demi mencari Redha Ilahi, Kecintaan Ilahi dan Kecintaan Rasul Junjungan.

Nanti cik azue sambung lagi kisah perjalanan kehidupan cik azue menghadapi ujian Ilahi dengan diturunkan ujian sakit PUAN. 
Boleh klik sini untuk pautan kisah kesakitan itu.

Oklah, kalau kalian nak tahu lebih lanjut tentang produk STG atau jika kalian juga penderita sakit puan, bolehlah whatsapp cik azue di no 013-2700020

Nanti kita kongsi bersama ya.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue

Wasalam

~azuriyah mohamad @ 3pm~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan